5
perkara yang haram kamu langgar dan wajib kamu laksanakan
Bismillhirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbila’lamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi
Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan tabi’ tabi’in.
Insya-Allah,
pada kali ini saya ingin berkongsi satu perkara yang sangat penting bagi
seorang muslim untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya pesanan
ini juga adalah untuk saya dan para sahabat yang dirahmati Allah sekalian.Semoga
kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Amin.
Pada
kali ini, saya memetik ayat al-quran daripada surah Al-An’am ayat ke-151 dengan
temanya iaitu “5 Perkara Haram Yang Wajib Ditinggalkan dan Wajib Dilakukan”.
۞
قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ
أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ
وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۖ
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُم مِّنْ إِمْلَاقٍ ۖ
نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ
وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ
ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Katakanlah:
"Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu
kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan
hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh
anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada
kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang
terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang
dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu,
supaya kamu memahaminya. (surah Al-An’am:151)
Ada 5 perkara yang Allah SWT pesan
kepada kita dan wajib kita tinggalkannya dan mesti kita lakukannya. 5 perkara
tersebut ialah: 1) janganlah kamu menyekutukan Allah.
2) hendaklah kamu berbuat baik
kepada ibu bapa (jangan kita melakukan perkara tidak baik kepada mereka.
3) janganlah kamu membunuh
anak-anak kamu kerana kemiskinan
4) janganlah kamu dekati perkara
yang dikeji.
5) janganlah kamu membunuh suatu
jiwa yang diharamkan oleh kecuali dengan hak.
1) Janganlah
kamu kamu persekutuan Allah dengan sesuatu yang lain.
Ini
adalah dasar utama yang wajib menjadi pegangan oleh setiap umat islam. Sebagai
umat islam, keyakinan yang utuh dengan mempercayai bahawa Allah itu adalah Esa
dan hanya Allahlah sahaja yang wajib disembah dan memohon pertolongan. Wajib mengimani
bahawa Allah yan menciptakan semua kehidupan yang ada di bumi dan di langit
sama ada secara zahir mahupun batin. Wajib juga mengimani bahawa hanya Allah
sahaja Tuhan yang perlu disembah bahkan menyakini Allah memiliki sifat-sifat
yang terpuji dan tidak satu pun dari makhluknya serupa dengan-Nya.
Umat
islam mesti faham dengan jelas prinsip aqidah islamiyyah dengan kefahaman yang
mendalam kerana jika umat islam menyutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka
jatuhlah hukumnya syirik. Na’uzubillah.
Dalam
tasfir Al-Azhar, Prof Hamka telah menyebut bahawa: “Kemusyrikan yang haram
itu bukan sahaja menyembah berhala. Bahkan kalau ada tempat tunduk selain
Allah, tempat takut selain Allah, tempat melindungkan diri atau tempat memohon
maka musyriklah namanya”.
Syiekh
Muhammad bin Abdul Wahab juga telah menulis satu buku iaitu ‘Kitabul Tauhid’.
Di dalam bukunya terdapat satu bab iaitu ‘Takut daripada Syirik’ dan beliau
telah menukilkan satu hadis yang shahih daripada rasulullah SAW: “Sesuatu
yang paling aku risaukan daripada kalian; adalah perbuatan syirik kecil,
kemudian beliau ditanya tentang itu, dan beliaupun menjawab: yaitu riya'. (Hadis
Shahih).
Selain
itu, Syed Qutb dalam ‘Tafsir Fi Zhilalil-Qur’an’ juga telah menyatakan bahawa
konsep kemusyrikan ini perlu dibersihkan dari hati umat manusia seperti membersihkan
akal dari kotoran-kotoran khurafat, membersihkan masyarakat dari
tradisi-tradisi jahiliyyah dan membershikan kehidupan dari penghambaan manusia
kepada sesama manusia.
Dewasa
ini, terdapat isu yang melanda umat islam khususnya berkaitan dengan isu aqidah
terutamanya apabila berlaku berbeza pendapat sehingga sebahagian yang lain
mengkafirkan yang lain. Ada juga yang menyatakan hukum-hakam Allah tidak sesuai
dilaksanakan pada zaman sekarang. Ada juga yang cuba meta’wilkan sifat Allah
SWT. Ada juga yang mengatakan Allah tidak adil kepada hamba-Nya. Ada juga yang
mempertikaikan sunnahtullah. Bahkan paling banyak yang berlaku pada zaman
sekarang apabila terdapat satu masalah terus dirujuk kepada pawang, dukun,
bomoh dan sebagainya untuk membuang sial ataupun mendapatkan petunjuk seperti
di Malaysia kes MH370, kemalangan Samy Value, Kes Anwar Ibrahim, Santau, Sihir
dan lain-lain lagi. Sesungguhnya perbuatan syirik ini sangat dicela oleh Allah
SWT. Semoga Allah mengampunkn dosa-dosa kita semua. Firman Allah dalam surahn
An-Nisa’ ayat ke-48:
"إِنَّ
اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ
ۚ
وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا".
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu
apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan
Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa
yang besar.
Maka jelas di sini, bahawa tauhid
kepada Allah SWT itu adalah perkara akar dalam islam. Sesungguhnya umat islam
mesti mempelajari ilmu aqidah islamiyyah.
2) Berbuat baiklah dengan kedua ibu
bapa.
Pesanan kedua ialah berbuat baik
kepada kedua ibu bapa. Umat islam wajib berbuat baik kepada ibu bapa dan
mentaat perintahnya selagi tidak melanggar syariat islam seperti mana firman
Allah dalam surah Luqman ayat ke-15:
"وَإِن
جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا"
Dan
jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu
yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka
janganlah engkau taat kepada mereka.
Umat
islam wajar berbakti kepada ibu bapa dan menghormatinya walaupun apa yang
terjadi, jangan menderhakai dan mencela mereka. Jangan mengangkat suara apatah
lagi menengking. Jangan sesekali hantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua kerana
leceh untuk menjaga mereka. Allah SWT
juga telah berfirman di dalam al-quran surah Al-Isra’ ayat ke-23:
"قَضَىٰ
رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ
إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا
أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا"
Dan
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau
menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang
mulia (yang bersopan santun).
Di dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa Abdulullah bin
Mas’ud itu pernah bertanya kepda Rasulullah SAW, apakah amalan yang paling
disukai Allah, maka Rasulullah SAW menjawab: “Solat di awal waktu.” Kemudian aku bertanya
pula: “Kemudian itu apa lagi.” Beliau menjawab: “Berbuat kebajikan kepada ibu
bapa.” Kemudian aku tanyakan pula: “Sesudah itu apa lagi?” Beliau menjawab: “Berjihad di jalan
Allah.”(hadis shahih ibn Hibban)
Prof
Hamka telah berkata dalam tafsirnya mengenai hadis ini: “dapatlah kita
melihat betapa mulia dan pentingnya berkhidmat kepda ibu bapa, sehingga lebih
pertama dan utama daripada Jihad fi Sabilillah, padahal jihad adalah keperluan
untuk agama dan masyarakat. Dan memang tersebut pula dalam hadis yang lain,
bahawa seorang pemuda yang ingin pergi berjihad di Jalan Allah disuruh pulang
kembali oleh Rasulullah SAW kerana ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain
dapat menjaganya”.
Dalam
tasfir Al-Qurtubi juga menyebut bahawa ayat al-quran ini menjelaskan maksud
berbuat baik kepada orang tua ialah: “menjaga, memelihara, melaksanakan
perintah keduanya, tidak memperbudakkan mereka dan tidak merasa berkuasa ke
atas mereka”.
Jasa
dan budi ibu bapa tidak mungkin dapat kita balas walaupun kita mampu membayar
sejuta sekalipun. Nilai wang ringgit dan harta sebesar gunung juga tidak cukup
untuk disamakan dengan jasa dan budi ibu bapa. Tidakkah terfikir ketika menjadi
kanak-kanak dahulu. Bila mana sakit ibu yang menjaga, memasak, memandikan dan cuba
menyempurnakan apa sahaja kehendak yang inginkan. Tidakkah ingat pengorbanan
seorang ayah memerah keringat pada siang hari dengan tulang empat kerat itu
mencari rezeki untuk seisi keluarga terutama anak-anaknya. Bila ayah pulang,
dia akan cuba meluangkan masa bermain bersama anak-anak walaupun dia penat.
Peranan
ibu bapa sangat besar dalam mendidik anak-anak. Apabila anak-anak itu diberikan
didikan agama yang sebaiknya pasti akan berjaya dan selamat di dunia dan di
akhirat. Jika sebaliknya maka berlaku perkara yang tidak diingini berlaku
seperti jika masa kecilnya anak itu dididik dengan menipu maka besar
kemungkinan akan menjadi seorang penipu. Jika anak itu dibesarkan dengan
keadaan tiada suasana kasih sayang maka anak itu akan menjadi seorang yang
baran dan kasar.
Percayalah,
pendidikan yang terbaik adalah bermula dari rumah. Ibu bapa perlu memainkan
peranan dengan sewajarnya dalam mendidik anak sejak dari buaian lagi. Anak kecil
itu perlu ditanam dengan didikan agama dan akhlak yang mulia. Anak kecil itu
akan mencontohi akhlak ibu bapanya. Jika baik ibu bapanya maka baiklah si anak
itu.
Dalam
ayat diatas sangat ditekankan oleh kepada setiap anak untuk menyayangi ibu bapa
mereka. mereka perlu taat dan patuh segala suruhannya. Kehidupan ini seperti
roda, jika kita menjadi anak yang tidak baik maka bila kita ada anak nanti,
anak kita pula akan jadi anak derhaka. Adapun jika terdapat ibu bapa yang tidak
baik dari segi agama dan akhlaknya janganlah sesekali si anak itu membalas
dengan perkara yang sama. Semoga Allah mengampuni dosa ibu bapa kita dan
menrahmati mereka seperti mana mereka kasihi kita ketika kita waktu kecil
dahulu. Amin.
Wallahu
A’lam. Sekian terima kasih.
Sambung…
7:48 PM |
Category: |
0
comments
Comments (0)