KASSIM AHMAD DALAM KENANGAN.

Bismillhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabil'alamin.

Mukadimah.

Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan koma semalam akibat masalah jangkitan kuman dan jantung tersumbat. Sarjana kontroversi Kassim Ahmad meninggal dunia di hospital di Kulim Bandar Baru pada usia 84 tahun. MalaysiaKini melaporkan berita kematian Pak Kassim pada 07102017.

Dr.Mahathir juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga pak Kasim. Dr.Mahathir meluahkan kekesalannya terhadap penentang Pak Kassim dengan ungkapan, “Kasim Ahmad yang meninggal dunia hari ini, semasa hayatnya tidak mendapat keadilan seperti yang dikehendaki oleh agama Islam, hanya kerana beliau dituduh kononnya membelakangkan hadis, Bacalah tulisannya sebelum menghukumnya," kata Dr Mahathir dalam kenyataan media, merakamkan takziah atas pemergian Kassim.(TheMalaysianInsight)

Tidak terlepas juga seorang waris daripada Pak Kassim untuk memberikan sepatah dua kata mengenai wasiat terakhir Pak Kasim :“Beliau selalu berpesan supaya membaca Al-Quran setiap hari dengan minda yang kritikal. Beliau juga berkata jangan ikut semua hadis atau ulama, kerama semua itu ciptaan manusia. Bapa saya selalu berkata ‘Al-Quran adalah jalan sebenar’.”(waris al-Marhum daripada petikan freemalaysiatoday)

Seorang tokoh pertubuhan yang sentiasa menyanjung dan mendokong pemikiran Pak Kassim juga menyebut perihal keperibadian Pak Kasim: “Beliau mempertahankan banyak idea dan prinsip sepanjang hayatnya – keadilan, kebebasan berfikir dan bersuara, dan kebebasan beragama.“Beliau menunjukkan keberanian dan daya tahan ketika berada di titik rentan,” Pengarah Eksekutif SIS Rozana Isa (petikan daripada freemalaysiatoday).

Innalillahiwainnailaihirajiun. Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga beliau walaupun sudah 7 hari Kassim Ahmad telah pergi menghadap Allah azza wajalla. Semoga kita semua mendapat pengampunan dan mudah-mudahan kita juga mendapat pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

Saya baru mengenali beliau kira-kira 7 tahun yang lalu daripada buku yang menjadi "kontroversi" dan sejak itu saya terus mencari penulisan beliau yang lain dan cuba juga untuk memahami gaya penulisan dan corak pemikiran beliau sehinggalah saya menemui buku "Dialog Dengan Sasterawan" dan saya membaca buku ini pada tahun 2015.

Buku: Dialog Dengan Sasterawan


Pendahuluan kata, Wan Hamidi Hamid memuji Kassim Ahmad: "Nada kritikan Kasim keras tapi tak kejam, tegas tapi tak kurang ajar, jauh sekali menghina penulis atau penulisan. Beliau menumpukan sepenuhnya kepada karya tanpa menghakimi peribadi penulisnya".
Mukjizat Al-Quran Al-Karim; Bahasa Arab dan Al-Qiraat.

بسم الله الرحمن الرحيم, Alhamdulillahirabil’alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sollahu’alaihiwasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat dan seluruh umat sekalian alam.

Mukadimah
Satu perkara yang menjadi teka-teki yang mengganggu ketenteraman jiwa dan ketenangan hati bagi insan yang mendalami dan menghayati al-Quran ialah kefahaman tentang Bahasa al-Quran iaitu Bahasa Arab, yang mana setiap ayat ada makna tertentu berdasarkan konteksnya. Bahkan kepelbagaian ilmu al-Qiraat dalam al-Quran juga mendatangkan sedikit kecelaruan hati kerana seolah-olah al-Qiraat ini telah lari dan menyimpang daripada kaedah asas Bahasa Arab. Timbul lagi persoalan yang lain di minda iaitu bagaimana keseleraian Bahasa Arab dan al-Qiraat ini dapat dipertemukan dalam satu nokhtah sehingga menatijahkan mukjizat al-Quran itu.

Persoalan demi persoalan tersebut telah timbul sejak bertahun-tahun lagi dan telah memberikan kesan dan bebanan yang sangat berat untuk dihadapi apatah lagi berfikir untuk mencari jawapannya. Pengembaraan menuntut ilmu dalam bidang Al-Quran dari sudut bahasa dan qiraat sering meresahkan hati kerana sentiasa kedengaran bisikan dan hasutan yang halus untuk meraguinya.

Justeru, dengan mengharapkan redha Allah azza wajalla, mudah-mudahan penulisan kali ini berharap dapat memberikan satu pencerahan umum kepada penulis dan pembaca mengenai Mukjizat al-Quran dari segi Bahasa Arab dan Qiraat. Insya-Allah. Penulisan yang ringkas ini hasil daripada pembentangan penulis dalam kelas Al-‘Ijaz Al-Bayani yang dibimbingi oleh Prof. Dr Nesreldin. Penulis ingin mengucapkatan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Nesreldin(Pensyarah Bahasa Arab Uiam) kerana memberikan penulis peluang untuk membentang dan mengupaskan tajuk Al-Qiraat yang ditulis oleh para ulama’. Alhamdulillah, sedikit sebanyak mendatangkan ketenteraman hati. Semoga Allah azza wajalla merahmati beliau.Amin

Sedikit sahaja ingin penulis tekankan. Mengenai Mukjizat Al-Quran dari segi Bahasa Arab, sudah penulis ketengahkan dalam beberapa penulisan sebelum ini dab boleh rujuk dalam penulisan yang lalu namun penulis mengakui bahawa masih perlu diperbaiki dan menggali ilmu tersebut.
Perbezaan 2 kalimah iaitu al-‘isyan (العصيان) dengan al-Maksiah (المعصية).

Bismilillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabil'alamin.

Pada kali ini, penulisan yang ringkas mengenai perbezaan 2 kalimah iaitu al-‘isyan (العصيان) dengan al-Maksiah (المعصية).

Menurut Dr. Fadhil Soleh al-Samarakyi dalam bukunya min asrar al-Bayani al-Qurani (من أسرار البيان القرآني), setiap kalimah al-Quran mempunyai makna yang khusus kerana setiap perkataan itu bersesuaian dengan konteks yang tertentu.

Ya, Walaupun dari segi makna literal dan zahirnya 2 perkataan di atas kelihatan seakan seerti membawa makna DERHAKA akan tetapi sebenarnya terdapat perbezaan dua kalimah ini. Dan apabila kita menelusuri ayat-ayat Yang Maha Indah, nescaya kita akan menjumpai perbezaan yang ketara itu.

Menurut beliau lagi, pada kalimah al-‘Isyan (العصيان) disebut hanya satu kali sahaja oleh Allah ‘azza wajalla dalam kitab-Nya yang tiada keraguan lagi..Firman Allah ‘azza wajalla:

وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ
Makna: dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci.(Al-Hujrat 49:7)

Manakala kalimah al-Maksiah (المعصية) pula disebut hanya 2 kali dan pada surah yang sama. Firman Allah ‘azza wajalla:

وَيَتَنَاجَوْنَ بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُولِ
Makna: mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan menderhaka kepada Rasulullah (Al-Mujadalah 58:8)

لَا تَتَنَاجَوْا بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُولِ
Makna: maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan derhaka kepada Rasulullah (Al-Mujadalah 58:9)

Maka terbukti jelas bahawa terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua kalimah tersebut. Kalimah al-‘Isyan lebih kepada penderhakaan secara umum manakala al-Maksiah cenderung  terhadap perbuatan penderhakaan kepada junjungan Nabi Muhammad sollahu’alaihiwasallam.

Oleh itu, boleh dipraktikkan perkataan ini dalam penulisan Bahasa Arab. Ini akan membuktikan bahawa kita benar-benar bersungguh dalam menghayati kalimah-kalimah al-Quran dalam kehidupan seharian walaupun dalam bentuk penulisan. Maka sangat bertepatan dengan prinsip ilmu iaitu tahu, faham dan mengamalkannya.

Wallahu a’lam.


"Jalan Menuju al-Quran" oleh Khurram Murad. Buku asalnya "Way To The Qur'an".
(sumber dari google)
Saya sangat menggalakkan dan menyarankan kepada semua untuk membaca buku ini terutama bagi sesiapa yang ingin mencari cinta Illahi. Bagi yang mengharapkan rahmat Allah azza wajalla dalam setiap amalan yang dilakukan juga patut membaca buku ini. Bahkan, bagi sesiapa yang masih baru menjinak-jinakkan diri dalam mengenali dan memahami kalam Allah azza wajalla adalah semestinya memulai dengan membaca buku ini.
Siapakah Khurram Murad?
(sumber dari google)
Beliau dilahirkan pada tahun 1932 dan meninggal pada tahun 1996. Beliau berbangsa pakistani. Seorang ulama' yang hebat dan pernah menjawat jawatan sebagai Naib Amir Jamaat al-Islami Pakistani dan juga jawatan tertingginya ialah Amir di Bangladesh. Beliau juga pernah dipenjara beberapa kali bukan disebabkan melakukan perkara yang mungkar tetapi menegakkan kebenaran terutamanya beliau banyak mengupas tentang isu India dan Pakistan. Pendidikannya. ijazah dan master dalam bidang Civil Engineering. Beliau telah menulis banyak buku dan buku "Jalan Menuju al-Quran" adalah buku pertamanya, saya membacanya.
Kenapa buku ini?
Banyak sebab kenapa mesti membaca buku? Saya kira setiap pembaca akan mendapat manfaat yang berbeza-beza. Saya jjuga mendapat manfaat yang berbeza dengan apa yang kalian membacanya nanti.
Buku ini dalam 100 m/s sahaja tetapi penulisan dan isinya padat dan berkualiti.
Saya sangat terkesan apabila beliau menulis dalam mukadimahnya tentang kenapa dia menulis buku ini. Kata beliau:
"Tujuan saya menulis buku ini sangat sederhana. Ini bukanlah sebuah hasil ilmiah yang tinggi, saya bukanlah mufassir yang alim dan tidak juga menulis untuk para aulia'. Saya tidak berhasrat untuk mengajar dan memberi panduan kerana saya tidak berkelayakan dalam bidang ini, Saya hanya menulis untuk orang biasa, mereka yang baru dan mahu menimba ilmu dari al-Quran, khususnya mereka yang muda, yang bertungkus lumus untuk mencapai hasrat dan cita-cita untuk memahami, mendalami dan menghayati al-Quran sebagaimana yang saya sendiri lakukan".
Banyak perkara yang beliau telah mengupas dan saya kira beliau telah melakukan satu kerja yang besar dan memudahkan para pembaca untuk memahaminya. Beliau telah menjiwai watak sebagai seorang generasi muda yang telah mewakafkan diri untuk umat dengan melibatkan diri dalam jemaah. Beliau telah melihat satu pandang sisi bagaimana al-Quran mampu membentuk fikrah yang sempurna dan menyantuni pemikiran yang tidak sependapat dengannya. Apa yang saya dapati dari buku ini, apabila pendakwah yang telah jauh dari pemahaman al-Quran yang sebenar, itulah punca utama kenapa umat makin jauh dan terasing.
Beliau bukan sahaja membicarakan tentang soal-soal Penghayatan Al-Quran seperti Bab 2 Syarat-syarat Utama Membaca Al-Quran, bab 3 tentang Penglibatan Anggota Rohani, bab 4 Peraturan membaca al-Quran, bab 5 Mempelajari dan Memahami al-Quran semata-mata tetapi jauh lebih daripada itu terutama dalam bab 7 iaitu Menghayati al-Quran dalam Kehidupan, beliau ingin membumikan kalam Allah azza wajlla dalam kehidupan umat agar umat dapat mempraktikkannya semampu yang boleh.
Akhir kalam, berikanlah ruang dan masa untuk membaca sesuatu yang akan mententeramkan hati dan jiwa. Carilah satu buku yang menghuraikan al-Quran untuk diterjemahkan dalam kehidupan. Saya yakin, kalau dia dari bidang sejarah, dia akan menjadi pakar sejarah yang benar. Kalau dia dari bidang politik, dia akan menjadi ahli politik yang jujur. Kalau dia dari bidang pendidikan Islam, dia akan menjadi pendakwah yang disayangi umat. Kalau dia bermain catur, mungkin boleh jadi pencatur yang bersemangat kot. Kalau dia dari bidang Bahasa Arab? (Saya belum jumpa lagi sebab saya masih mencarinya, saya dari bidang Bahasa Arab). Yang paling penting, al-Quran akan menjadi penolong kepada kita.
Percayalah, para pendakwah yang jurubicara umat, saya sangat mengkagumi kesungguhan mereka dalam berdakwah yang saya fikir saya belum cukup kuat untuk melakukannya tetapi sebelum itu atau semasa dengannya, cuba dan terus mencuba memahami kalam Allah azza wajlla dan kehendak-Nya. Kita akan menjumpai sesuatu perkara yang kita tidak menyangka akan dapat menjumpainya. Insyallah, umat akan mengikut kalian dengan hati tulus ikhlas. Kalian memang hebat.
Selamat membaca.
Gambarnya itu saya ambil dari google sahaja.
Wallahu a'lam.


Tazakkur iaitu peringatan tentang kisah Nabi Adam alahihissalam.
Tajuk: Manusia tidak terlepas daripada buat dosa.
Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia mana yang tidak pernah membuat dosa. Sama ada sengaja mahupun tidak. Sama ada besar mahupun kecil. Adakah itu tandanya manusia itu pendosa selamanya dan tidak akan mendapat keredhaan Allah azza wajalla.
Ketika mana Allah azza wajalla sudah melantikan Nabi Adam alahissalam menjadi khalifah itu adalah satu tanda kemuliaan yang agung di sisi-Nya. Nabi Adam alahissalam dikurniakan seorang isteri Hawa serta mendapat menikmati segala kenikmatan yang ada di dalam syurga melainkan 1. Firman Allah azza wajalla dalam surah al-Baqarah ayat ke-25:
وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
Sungguh, sifat manusia itu lemah. Melihat sesuatu perkara yang baru dan pelik. Ada sahaja yang bermain-main di fikirannya. Bukan mahu sebenarnya untuk melakukan dosa tetapi tatkala diuji, keimanannya pula goyah tanpa disedari. Diuji dengan wanita, kekayaan, pangkat, ilmu, dan sebagainya.
Begitulah kisah Nabi Adam alahissalam bersama isterinya yang tercinta ketika mana mereka berdua berada di Syurga Allah azza wajalla yang mana satu perkara yang diharamkan oleh DIa ialah jangan menghampiri pokok tersebut, namun apakan daya, godaan dan hasutan yang halus daripada Iblis dan Syaitan telah menggoyahkan sedikit keimanan mereka berdua tanpa mereka sedari walaupun pada hakikatnya mereka sudah mengerti perintah Allah azza wajalla iaitu janganlah menghampiri pokok tersebut.
Ditakdirkan, mereka berdua tersilap dan telah memakan buah daripada pohon tersebut sehingga dikeluarkan mereka daripada syurga dengan serta merta. Firman Allah azza wajalla dalam surah al-Baqarah ayat ke-36:
فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ
Maksudnya: mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain
Apalagi yang diharapkan oleh seseorang, apabila melakukan khilaf dan dosa melainkan mengharapkan keampunan daripada Maha Pengampun.
Nabi Adam alahissalam seorang nabi, seorang khalifah dan seorang suami. Menginsafi diri, bermunajat, beruzlah dan merenung bahkan tidak putus-putus berdoa kepada Allah azza wajalla dengan hati yang penuh lara mendambakan kasih dan keampunan daripada Allah azza wajalla. Beliau berdoa dengan satu doa:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".(al-‘Araf:23)
Apatah lagi kita sebagai insan biasa, setiap saat mungkin ada dosa yang telah dilakukan. Dosa-dosa yang terdahulu ketika masih dalam kejahilan. Dosa-dosa yang sangat banyak ibarat setinggi gunung. Hanyalah Allah azza wajalla menjadi tempat untuk memohon keampunan. Pecayalah, Allah Maha Pengampun.
Jika sesaat dahulu, kita adalah seorang pendosa, jika pada dahulu, zikir-zikir kita dengan carut-carutan, melihat perkara yang mengasyikkan, hampir kepada zina, menipu, mengkhianati, bercakap kasar dengan kedua ibu bapa, tidak menghormati guru dan sebagainya. Yakinlah! sesungguhnya bertaubat akan mensucikan segala dosa yang lalu.
oh manusia dan rakan-rakan. kalau kawan kita ada dosa yang lalu dan aib yang besar. Simpanlah, kerana Allah azza wajalla mungkin telah mengampuni dosa mereka. Siapalah kita untuk mengungkit dan membuka keaibannya.
Dahulu, mungkin dia belum sedar tetapi siapa tahu urusan di antara dia dengan Allah azza wajalla.
Semoga Allah mengampuni dosa kita.
Top of Form

Rahsia dan hikmah kalam-kalam suci Yang Maha Besar.
Ada 2 kaedah asas yang mesti dipelajari oleh setiap umat dalam memahami kalam-kalam suci ini. Iaituو pertama, memahami makna perkataan yang asal dan kedua memahami konteks ayat iaitu siyaq ayat.
Ini kerana, setiap perkataan mempunyai makna yang berbeza walaupun pada zahirnya seakan perkataan itu sama. Terjadi perbezaan tersebut disebabkan konteks ayat yang ada cerita yang berlainan.
Untuk mengetahui makna perkataan perlu dirujuk kamus-kamus al-Quran seperti Mu'jam Qharib al-Quran oleh al-Baqha'i, Qamus al-Quran oleh al-Dhamaghani, kamus-kamus seperti lisan arab, al-muhit, mu'jam faris dan sebagainya.
Manakala untuk memahami konteks ayat (siyaq al-ayat), perlu menuntut ilmu dalam buku-buku seperti tafsir al-Maudhu'i oleh al-Khalidi atau Dr. Radhwan Jamal serta syiekh al-Ghazali dan pelbagai lagi buku kerana konteks ayat ini mengandungi teori-teori asas yang mesti difahami.
.
Pertama, menghampiri atau dekat.

Firman Allah azza wajalla:
أتى أَمْرُ اللَّهِ فَلَا تَسْتَعْجِلُوهُ ۚ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Hari Khiamat semakin menghampiri, maka janganlah kamu untuk disegarakannya. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
(Surah an-Nahl 16:1)
Firman Allah azza wajalla:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Dan sembahlah tuhan kamu sehingga kamu menghampiri kepada keyakinan.
(Surah al-Hijr 15:99)

Kedua, Menimpa Musibah, kecelakaan, kerugian.

Firman Allah azza wajalla dalam surah al-‘An’am ayat ke-40 dan 47:
قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّهِ أَوْ أَتَتْكُمُ السَّاعَةُ أَغَيْرَ اللَّهِ تَدْعُونَ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika kamu ditimpa` azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?"
(Surah al-‘An’am 6:40)
Abu Lahab dan Abu Jahal;
Adakah mereka memahami keindahan bahasa al-Quran?
Mukadimah.

Bismilillahirrahimanirrahim. Alhamdulillahirabil’alamin. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad shallahu’alaihi wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat, tabi’ tab’iin.

Al-Quran ialah kalam-kalam suci Allah azza wajjala. Kalam yang memberikan petunjuk sepanjang usia kepada seluruh insan tanpa mengira waktu dan tempat. Kalam yang menyampaikan risalah ketuhanan dan pengabdian. Kalam yang mengandungi hukum dan hikmah untuk dijadikan pedoman. Kalam yang indah menyentuh hati dan perasaan.

Justeru, sebagai umat Islam yang beriman, mereka mestilah menekuni kalam-kalam-Nya supaya kehidupan mereka terjamin dunia dan akhirat. Setiap hari, wajib bagi setiap umat Islam untuk menzahirkan cintanya kepada Yang Maha Agong dengan 3 cara iaitu membaca, memahami dan menghayati kalam-kalam-Nya. Dengan itu, kelestarian cinta akan berputik dan menyatukan cinta itu.

Walaupun kalam-kalam Allah azza wajalla ini diturunkan ke dalam Bahasa Arab namun dia mempunyai hikmah yang tersendiri. Dr. Abdul Ghani menyebut dalam bukunya Al-Islam fi ‘Alam Melayu al-thaqafi Al-Madhi wa Al-Hadhir bahawa bahasa Al-Quran diturunkan kepada Bahasa Arab ialah sebagai satu lambang bahasa dakwah untuk difahami oleh masyarakat ketika itu.

Setiap para nabi memiliki mukjizat seperti Nabi Musa ‘alahissalam yang menentang Firaun yang mana ketika itu zaman sihir dan begitu juga pada zaman Nabi ‘Isa alahissalam ialah zaman perubatan.

Uniknya risalah Nabi Muhammad shallahu’alaihi wasallam berbeza, kalam-kalam itu bukan kalam baginda akan tetapi kalam Allah Yang Maha Berkuasa. Tujuan Nabi Muhammad sallahu’alaihi wasallam diutuskan ialah mengajar dan mendidik masyarakat ketika itu seperti mana firman Allah azza wajalla:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
(Surah al-Jumaah 62:2)

Hubungan Masyarakat Arab dengan Bahasa Arab.

Sejarah mencatatkan bahawa sebelum kedatangan Nabi Muhammad shallahu’alaihi wasallam pada tahun 610 M, sebelum itu sudah ada kerajaan Arab iaitu kerajaan Himyar (115 S.M-525 M). Dan sesebelum itu juga terdapatnya kerajaan berbangsa Arab warisan nenek moyang Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alahissalam.

Pada kurun ke-6. Masyarakat Arab Badwi sudah menapak di bumi Mekah yang diketuai oleh Qabilah Arab Quraisy. Mereka mengurus tadbir urusan kota Mekah. Urusan jual beli, barang dagangan dan haji diaturkan oleh mereka. Segala peristiwa besar dilakukan di kota Mekah seperti pertandingan syair yang nama paling popular ialah suq ukaz.

Oleh disebabkan syair menjadi salah satu perayaan yang paling istimewa. Mereka pun menititberatkan soal bahasa dan sastera. Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi. Daripada kalangan mereka ada yang berketurunan jiwa penyair seperti al-walid bin al-Mughirah dan Zuhair bin Abi Salma.Penyair lain seperti Ka’ab bin Zuhair seorang penyair yang hebat yang meninggal pada tahun 22H bersamaan 622M.