Apakah perkahwinan itu bukan idea besar
 dan masa depan?
Mukadimah
Seseorang telah meluahkan perasaannya di muka buku. Menurut dia bahawa perkahwinan itu bukan idea yang besar dan bukan perkara sebenar untuk membina masa depan. Disebabkan kawannya yang hampir mengalami kegagalan dalam perkahwinan, terus dia pukul rata terhadap semua orang. Lebih malang daripada itu, seolah-olah dia mahnu menyalahkan pernikahan.
Walhal, bukan kerana perkahwinan tetapi kerana kefahaman individu kerana pernikahan itu satu perkara yang mulia di sisi agama Islam. Islam mengangkat pernikahan dan mewajibkan kepada seluruh umat bagi yang berkemampuan dan sudah sampai serunya.
Saya rasa pelik dan hairan. Sudah bertahun saya memerhatikan hal ini. Saya rasa kasihan terhadap sebahagian aktivis. Melaksanakan kerja dakwah dan membuat kerja sosial seperti memberikan makanan kepada orang yang memerlukan dan mengajar kepada yang buta huruf. Mereka membuat kerja kebajikan namun dalam masa yang sama diri sendiri tidak terurus dan belum cukup memahami ajaran Islam yang hakiki.
Inilah penyakit aktivis zaman sekarang. Al-Quran tidak dipelajari dengan baik. Hadis Nabi Muhammad SAW tidak difahami dengan konteks yang tepat. Karya-karya ulama’ silam tidak diolah. Penulisan ulama’ kontemperori tidak dihadam. Lalu, diceduk ilmu secebuk-cebuk tanpa pegangan.
Saya mengerti bahawa dunia dakwah sangat luas. Saya juga memahami bahawa dunia dakwah memerlukan pengorbanan masa, wang dan tenaga. Sungguh, saya katakan dari hati saya bahawa saya sangat mengkagumi usaha para pendakwah generasi muda yang berkorban jiwa dan masa untuk umat tetapi bagi saya persiapan untuk diri sendiri perlu dimantapkan dan diperkukuhkan lagi agar umat terus memahami Islam dengan cara yang betul dan tepat.
Disebabkan hal inilah, ramai aktivis suka menyalahkan dan menunding jari kepada pihak tertentu. Mereka menyerang terhadap pihak yang tidak sefahaman dengan mereka. Mereka gah dengan apa yang telah mereka lakukan. Seolah-olah kerja kebajikan yang dilakukan itu, merekalah pencentusnya.
Ikhlas saya ingin katakan. Untuk saya dan semua, khususnya para pendakwah yang selalu turun kelapangan. Penuhilah ilmu di dada. Fahamilah ajaran agama Islam. Hayatilah firman Allah azza wajalla. Belajar ilmu hadis. Setidaknya, hati kita tenang dan akan terus berkerja dengan hati yang ikhlas.
Saya senaraikan beberapa buku asas kepada para pendakwah dan aktivis yang beragama Islam. Bacalah agar hati kita diterangi dengan hidayah Illahi.
Sayyid Abdul Majid Al-Ghouri dalam bukunya Mabadi’ Taamaul Ma’ As-Sunah (prinsip-prinsip berinteraksi dengan sunah) telah menyenaraikan beberapa buah buku untuk dibaca oleh para pendakwah. Saya akan memberikan buku yang sesuai untuk pembacaan umum antaranya Al-Azkar oleh al-Imam Nawawi, Al-Adab Al-Mufrad oleh Al-Bukhari, Umdatul Ahkam oleh Al-Maqdisi, Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, Maqasid Syariah oleh Ibn Asyhur dan buku agama yang lain.
Saya juga menyarankan buku bacaan yang mudah seperti Bahtera Penyelamat oleh Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Fathi yakan, Al-Hikam dihurai olef Mufti kita Dr. Zulkifli, Pandangan Hidup Muslim oleh Hamka, 40 Hadis Nawawi, Falsafah Ketuhanan oleh Hamka, Kepimpinan Rasulullah oleh Johd Addair dan juga buku hararki.
Yang paling utama sekali ialah Al-Quran Al-Karim. Inilah kitab yang paling agung. Segala masalah akan dapat diatasi dengan baik. Saya memetika kata Syiekh Ghazali.
Beliau berkata dalam bukunya Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran: “Saya pernah terbaca dalam karangan ‘Abbas Mahmud al-‘Aqqad tentang adanya apa yang dinamakan suasana kejiwaan, iaitu seorang yang berasa dirinya merawang bersama dengan kandungan buku yang dibacanya dan meningkat kepada hakikat atau sejarah atau sasaran yang digambarkannya. Apabila hal yang seperti itu berlaku pada pembacaan buku biasa, maka dengan Al-Quran sepatutnya lebih utama lagi. Dan inilah yang berlaku generasi awal terdahulu”.
Wajarlah sebagai para pendakwah untuk mempersiapkan diri sebelum turun ke lapangan menemui umat. Setidak-tidaknya cubalah sedaya yang mampu dalam memahami ajaran Islam yang sebenar.
Apakah perkahwinan itu bukan idea besar dan masa depan?
Saya rasa mungkin dia tidak menjumpai dalil-dalil yang tepat dan bukti yang kukuh sehingga terlepas pandang terhadap isu perkahwinan ini atau barangkali dia terlupa kerana terlalu banyak isu umat yang bermain-main dalam fikiran sehingga persiapan diri tidak diurus dengan baik.
Pemikiran dan idea yang mengatakan berkeluarga bukan idea yang besar itu adalah satu kesilapan yang besar. Saya akan memberikan 2 hujah, Pertama dari al-Quran dan kedua sunnah yang shahih.

Manusia tidak telepas daripada buat dosa.
Bismillah,
Pangkal segala kebaikan,
Permulaan segala urusan penting,
Dan dengannya juga
Kita memulai segala urusan. –Badiuzzaman Said Nursi-
Mukadimah
Manusia mana yang tidak pernah membuat kesilapan dan kesalahan. Manusia mana yang tidak pernah membuat dosa baik secara sengaja mahupun tidak sengaja. Sama ada dosa itu dosa besar mahupun dosa kecil.  
Andai manusia itu acap kali melakukan dosa, apakah telah tertulis selamanya bahawa dia pendosa dan dia tidak akan mendapat keampunan daripada Yang Maha Pengampun. Apakah dia tidak layak mengucup pintu syurga? Apakah dia hanya layak ke neraka jahanam.
Betapa cepat manusia menghukum dan menjadi tuhan andai seseorang melakukan dosa. Tatkala apabila dia melihat seorang penzina dikatanya neraka tempatnya. Apabila dia melihat seorang pencuri dikata juga neraka tempatnya. Apabila dia melihat seorang yang memegang bible dikatakan kafir.
Akhirnya, manusia menggantikan tempat tuhan. Menghukum sesuka hatinya. Tanpa disoal selidik dan bicara. Hanya baginya, dia sahajalah yang soleh. Dia sahajalah yang alim. Dia sahajalah yang sempurna. Dialah segalanya. Seolah-olah syurga dan neraka itu harta dia. Sungguh busuk hatinya dan buruk akhlaknya. Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Yang Maha Petunjuk.
Tidakkah dia menghayati firman Allah azza wajjala dalam surah an-Nisa’ ayat ke-48:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
Hanya syirik sahajalah yang tidak diampukan oleh Allah azza wajalla. Meskipun begitu, para ulama’ ada menyebut, seandainya seseorang itu pernah melakukan syirik dan dia sempat kembali bertaubat, nescaya Allah azza wajalla juga akan mengampunkan dosa itu.
Namun, ada beberapa kumpulan pelampau yang angkuh untuk menggantikan tempat tuhan seperti muktazilah dan khawarij.
 Muktazilah yang diasaskan oleh Wasil bin Atho’ yang lahir pada tahun 80H dan meninggal 131H telah membuat penafsiran berdasarkan akal dan hawa nafsu. Menurut dia, sesiapa yang melakukan dosa besar, dia tidak akan dimasukkan ke dalam syurga mahupun neraka namun dia akan berada di pertengahan di antara kedua itu. Al-Imam al-Basri telah menyanggah pendapat yang sesat itu!
Khawarij, satu kumpulan pada asalnya taat dan setia terhadap kepimpinan dan pemerintahan Saidina Ali namun akhirnya telah berpaling kerana tidak bersetuju dengan Saidina Ali atas peristiwa tahkim selepas peperangan Siffin. Mereka telah melawan Saidina Ali.
Kedua-dua contoh di atas menjelaskan kepada kita bahawa tidak selayaknya kita menjadi tuhan dan menghukum mengikut hawa nafsu. Sesiapa sahaja tidak terlepas daripada melakukan dosa. Mengikut kefahaman mereka, apabila telah melanggar syariat, maka neraka adalah tempatnya. Sedangkan fahaman yang dipegang mereka juga adalah tidak benar.
Tazakkur iaitu peringatan daripada kisah Nabi Adam alahihissalam.
Ketika mana Allah azza wajalla sudah melantik Nabi Adam alahissalam menjadi khalifah. Itu adalah satu tanda kemuliaan yang agung di sisi-Nya dan membuktikan kebesaran-Nya kerana Dia mampu menjadikan apa sahaja yang Dia inginkan.
Allah azza wajalla mengangkat khalifah daripada kalangan manusia untuk mengurus dan menjaga kuasa-Nya.
Nabi Adam alahissalam dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik dan indah budi pekertinya iaitu Hawa. Mereka berdua hidup bahagia bersama. Berkongsi kasih sayang dan itulah fitrah suami isteri. Lumrah juga bagi sebuah pasangan yang baru disatukan hati. Segalanya halal dari atas kepala hingga ke hujung jari. Selain itu, mereka juga menikmati segala kenikmatan yang ada di dalam syurga. Segalanya apa yang dihajatkan terus tersembah dihadapan mereka melainkan satu.
Api Tauhid
Mujaddid Teragung Badiuzzaman Said Nursi

Bismillah,
Pangkal segala kebaikan,
Permulaan segala urusan penting,
Dan dengannya juga
Kita memulai segala urusan. –Badiuzzaman Said Nursi-
Latar belakang penulis.
Api Tauhid adalah sebuah novel bukan sebarangan novel kerana ia bercerita mengenai sejarah tokoh keagungan zaman iaitu Said Nursi dengan diiringi sebuah penceritaan beberapa anak muda yang bermusafir. Inilah dinamakan cerita dalam cerita. Sangat menarik dan mencuit hati saya.
Novel ini ditulis oleh seorang penulis yang hebat iaitu Habiburrahman El Shirazy yang berasal dari Semarang, Indonesia.
Habiburrahman El Shirazy atau lebih dikenali sebagai Kang Abik. Beliau lahir pada 30 september 1976. Beliau banyak menulis karya-karya yang hebat. Beliau pernah dinobatkan sebagai novelis pertama di Indonesia dan mendapat pengiktirafan oleh Insani Universiti Diponegoro (UNDIP).
Habiburrahman mendapat pendidikan di Madrasah Aliyah Program Khusus (MAPK) Surakarta pada tahun 1995, kemudian beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Kairo, Mesir, jurusan Hadis Fakulti Usuluddin hingga lulus pada tahun 1999. Beliau terus menyambung pengajian lagi peringkat Master di Institute for Islamic Sudies, Kairo, pada tahun 2001-dan berjaya menyempurnakannya.
Beliau sangat hebat, penglibatannya dalam dunia penulisan dan perfileman tidak asing lagi. Beliau juga aktif dalam kerja sosial dan banyak berkhidmat untuk umat. Nama beliau disebut-sebut serata dunia. Karya-karyanya dibaca dan dibahas oleh umat. Sungguh, beliau seorang yang ikhlas berdakwah untuk agama.
Karya-karya beliau sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada para pembaca khususnya kepada para remaja yang baru hendak berjinak-jinak untuk mengenali dunia yang begitu asing baginya.
Saya juga secara peribadi menerima haruman itu dan saya sangat mengkagumi gaya pemikiran beliau dan penulisan beliau banyak menjadi pembimbing saya. Saya juga berharap pada suatu hari nanti, saya dapat bersua empat mata dengan beliau. Mudah-mudahan Allah azza wajalla mengkabulkan doa saya dan merahmati beliau. Amin.
Novel Api Tauhid.
Sejujurnya, secara peribadi, saya kurang meminati novel kerana pengalaman saya sebelum ini, novel banyak berkisah percintaan mengarut. Watak-watak diangkat seperti tiada ada cacat-cela sedangkan realiti kehidupan, watak seperti itu belum tentu ada.
Namun, semuanya berubah secara tidak sengaja ketika saya menjadi guru Bahasa Arab sementara di Syubbaniah, Batu Kurau pada 2016. Saya membelek-belek novel ini yang saya membelinya pada 2 tahun yang lalu dan timbul di hati kecil saya. “Mengapa aku membeli buku ini” dan “Apakah yang boleh aku dapat daripada novel ini”. Beberapa soalan demi persoalan timbul bermain di fikiran tetapi jawapan tidak saya temuinya juga. Akhirnya pada 29 Julai 2016, saya nekad juga hendak mengetahui isi kandungan buku ini. Ternyata, novel ini banyak mengajar saya. Pada 11 Ogos 2016, saya telah dapat menghabiskannya dan hati saya begitu damai sekali kerana dapat membacanya.
Sungguh, saya sangat menyarankan kalian semua untuk membaca buku ini!
Beberapa pengajaran yang saya boleh kongsikan di sini mengenai novel ini:
Pertama, kisah penceritaan anak muda yang bernama Fahmi. Dia seorang jejaka yang mencintai Allah dan rasulullah SAW. Seorang penuntut ilmu di Universiti Islam Madinah peringkat Master. Seorang pemuda yang pintar dan teguh keimanan serta taat kepada kedua ibu bapanya.
Namun, pada satu saat, dia mengalami kekecewaannya terhadap cintanya kepada seorang gadis bernama Nuzula yang baru dinikahinya itu telah menjadikan dirinya terseksa zahir dan batin. Ali ialah kawan karibnya sangat menyayangi Fahmi dan selalu memberi kata semangat dan dorongan kepada Fahmi agar tabah menghadapi musibah sehingga mereka berdua akhirnya membuat keputusan untuk bermusafir ke Turki bersama Subki, Hamzah, Bilal. Di turki pula, Fahmi diuji dengan 2 cinta iaitu Aysel gadis turki dan Emel.
Hampir-hampir hatinya berubah kerana hatinya masih remuk kerana Nuzula yang belum pasti pengakhirannya. Apakah kesudahan cinta mereka?
Kisah mereka anak muda ini dalam pengembaraannya telah mewarnai penceritaan sejarah yang sangat indah. Sejarah itu terasa hidup, penceritaan mengenai tokoh itu mudah diamati dan dihayati melalui perjalanan permusafiran mereka.
Kisah-kisah mereka ini wajar direnungi oleh anak muda zaman sekarang terutamanya yang berada jauh daripada keluarga. Onak dan duri, cabaran dan dugaan itu banyak dan perlu ditempuhi dengan keimanan dan keyakinan yang hakiki agar tidak hanyut dibawa air.
Membongkar Dakwaan Palsu Orientalis Terhadap Al-Quran
قضايا قرآنية في الموسوعة البريطانيا: نقد مطاعن، ورد شبهات
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah.

Pengenalan penulis buku.
Ini adalah tajuk sebuah buku dikarya oleh seseorang yang ahlinya dan hebat. Sebuah buku yang sangat besar dan padat dengan pengisian ilmiah. Membahaskan isu-isu dakwaan Orientalis yang sesat dan dipatahkan olehnya dengan berfakta dan berhikmah.
Buku ini ditulis oleh Shiekh Fadhal Hasan Abbas قضايا قرآنية في الموسوعة البريطانيا: نقد مطاعن، ورد شبهات dan diterjemahkan oleh Prof. Dato’ Dr. Zulkifli Mohd Yusof bertajuk “Isu-isu Al-Quran dalam Eksiklopedia Britannica: Kritikan Terhadap Tuduhan-tuduhan dan Penolakan Terhadap Keraguan”. Hasilnya, buku ini diringkaskan kepada “Wacana AL-Quran, Membongkar Dakwaan Palsu Orientalis Terhadap Al-Quran”.
Siapakah Syiekh Dr. Fadhal Hasan Abbas? Beliau di antara ulama’ yang paling dekat dengan hati saya kerana diantaranya beliau adalah guru kepada Ustaz Dr. Radhwan Jamal al-Atrash, pensyarah Quran dan Sunnah Uiam iaitu juga guru saya. Saya sangat mengkagumi beliau kerana beliau seorang yang buta penglihatan. Saya teruja, bagaimana seorang yang kehilangan satu nikmat Allah azza wajalla ini mampu menjadi seorang yang alim dan fasih. Benarlah kata-kata Allah azza wajalla dalam al-Quran dalam surah al-Mujadilah ayat ke-11:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
 Hasil karya-karya beliau dikatakan lebih daripada 30 yang telah dikarang Sungguh benar, beliau seorang ilmuan yang sangat hebat. Keikhlasan dan kesungguhannya demi memelihara Al-Quran itu telah diangkat oleh Allah azza wajalla. Semoga Allah azza wajalla merahmati beliau dunia dan akhirat. Amin. Semoga ilmunya itu disebar luas dan umat kita dapa menikmat kelazatan ilmu itu. Insya-Allah. Amin.
Serba ringkas biodata Shiekh Dr. Fadhal Hasan Abbas. Beliau dilahirkan di Bandar Safuriah, Palestin pada tahun 1935 Masihi. Beliau memulakan pengajiannya pada peringkat awal di Madrasah Ahmadiyah kemudian melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Mesir. Kemudian, menyambung pengajian Ijazah di kulia Usuluddin al-Azhar dengan cemerlang. Pada tahun 1972, beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dengan tajuk tesisnya : “Ittijahat al-Tafsir fi Sam wa al-Mesir”. Beiau seorang ulama’ yang arif dan pakar dalam bidang Tafsir dan secara khususnya I’jaz al-Quran, Balaghah dan Bahasa Arab. Dipetik dalam Biograf 99 Ulama Dunia oleh Mustafar Mohd Suki.
Justeru, tidak disangkal lagi, ulama’ seperti Shiekh Fadhal Hasan Abbas sangat diperlukan pada zaman fitnah bagi menjawab persoalan-persoalan orientalis yang sesat lagi menyesatkan.
Saya bercita-cita besar agar dapat dipertemukan walau sesaat bagi menatap wajahnya yang bercahaya dengan ilmu Allah azza wajalla. Semoga Allah perkenankan doa hamba yang lemah ini.

Ciri-ciri Perbandingan Dalam Al-Quran
 (Tashbih Fi Al-Quran)
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah.
Kalam Allah azza wajalla memiliki gaya yang tersendiri. Kalam yang boleh mendamaikan hati yang sedang lara. Kalam yang memberikan ketenangan dan kegembiraan. Kalam yang melembutkan jiwa insan dan setiap ciptaan. Kalam yang penuh syahdu menusuk kalbu. Madah tuhan sungguh agung. Bicara-Nya mengubati kerinduan serta memupuk lagi kecintaan. Kalam Allah itu juga keras bahasanya andai seseorang itu ingkar dan kufur.
Keistimewaan kalam Allah azza wajalla tidak ada kesangsian lagi. Setiap baris dan nahu memainkan irama dan muzik. Tidak ada satu kecacatan walaupun satu baris. Tidak ada perubahan dan kekal selamanya.
Salah satu keunikan madah ini ialah, Dia berbicara dengan tulus dan mulus. Dia membawa para pembaca ke serata alam dan segenap penjuru. Langit, bumi, matahari, bulan, bintang, haiwan dan tumbuhan merupakan tema utama. Memberikan satu gambaran kepada setiap para pembaca untuk menghayati. Dia menggambarkan sesuatu dengan sesuatu untuk memberikan sentuhan baldu terus meresap ke dalam sanubari.
Gaya Bahasa Al-Quran yang unik itu dinamai Tashbih iaitu membawa erti perbandingan. Keunikan konsep ini ialah agar para pembaca mencapai maksud yang tersurat bahkan tersirat kerana setiap tersirat tidak mudah terungkap. Hati yang ikhlas dan jiwa yang bersih sahaja yang mampu melihat perkara itu.
Keunikan ini memberikan gambaran sesuatu dengan sesuatu dengan temanya. Pasaknya bangunan yang tinggi seperti langit. Berterbangan bebas seperti belalang mencari rezeki. Gunung bersila patuh dan taat. Haiwan diperlihat dengan bentuk yang sempurna. Semua ini, memberikan gambaran yang jelas kepada para pembaca yang sentiasa hatinya mencari cahaya petunjuk dan keredhaan.
Tema-tema ini diperhalusi lagi oleh Sang Pencipta. Dia berbicara kepada hamba-Nya. Dia membandingkan satu ciptaan dengan ciptaan yang lain seperti alam semula jadi seperti tumbuhan, haiwan dan tanah atau bumi untuk menambah dan mengukuhkan keimanan.
Bicara Raja Yang Maha Berkuasa. Dia berbicara tentang tumbuhan seperti tandan buah.
Firman Allah azza wajalla dalam surah ayat Yasin ayat ke-39 tentang Tandan:
وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ
Terjemahannya: Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
Kisah debat seorang pemain bola dengan guru matematik
mengenai Solat Qasar dan Jamak dengan menyempurnakannya.
Pada tahun 2007, satu pasukan bola sepak Kicap Tamin akan bermain perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan bola sepak Kelapa Sawit. Perlawanan di antara dua pasukan akan bermula selepas waktu asar dan setelah membaca Al-Mathurat berjemaah.
Kicap Tamin berbaju berwarna putih biru manakala Kelapa Sawit berbaju kuning hitam. Perlawaan kedua pasukan ini sangat dinanti-nantikan kerana ini merupakan perlawanan pertama bagi kedua pasukan tersebut.
Perlawanan bermula dengan baik. Kicap Tamin lebih berhati-hati memerhati gerak lawan dan begitu juga Kelapa Sawit. Setelah 15 minit masa berlalu. Beberapa cubaan menarik pemain dari Kicap Tamin berjersi nombor 6 telah merembat bola dengan begitu kencang namun cubaan itu ditepis dengan hebat oleh penjaga gol lawan. Serangan demi serangan dilakukan serta terjahan demi terjahan juga dilepaskan. Hampir-hampir bertelegah.
Hampir-hampir wisel separuh masa pertama tamat untuk ditiupkan, Kelapa Sawit mendapat gol pendahuluan. Sorakan dari tuan rumah riuh. Satu kampong menyaksikan perlawanan itu. Kicap Tamin sedikit kecewa dan ketua pasukan bernama Hamid memarahi Shauqi kerana dia tidak menepis bola itu.
Kesemua pasukan berehat dan menyusun strategi semula. Kicap Tamin mula berbincang untuk mengatur langkah dengan lebih kemas dan sistematik. Jurulatih Chor memberitahu kelemahan Kelapa Sawit. Kicap Tamin terus membuat penukaran beberapa pemain dan posisi. Strategi daripada bertahan ditukar kepada menyerang dengan meletakkan 3 pertahanan, 4 pemain tengah dan 3 penyerang.
Wisel separuh masa kedua telah ditiup menandakan perlawanan bermula.  Serangan demi serangan Kicap Tamin telah lakukan. Saat itu, Burung-burung berterbangan kerana takut terkena rembatan bola yang kencang. Air yang berada di dalam cawan bergoncang-goncang kerana kelajuan para pemain berlari menyebabkan gegaran bumi namun Kicap Tamin terus buntu mencari gol penyamaan. Kekentalan pertahanan lawan yang sangat kebal tidak dapat ditembusi. Kicap Tamin hampir-hampir berputus-asa. Masa perlawanan berbaki 10 minit. Jurulatih juga mengelap peluh memikirkan strategi yang baru. Suaranya sudah serik kerana tidak berhenti menjerit-jerit memberikan arahan dan sokongan.
Sepakan sudut kali ke-10 buat Kicap Tamin pada masa kecederaan. Masa hanya berbaki 2 minit sahaja lagi. Semua pemain telah bersiap sedia di hadapan tiang gol lawan termasuk Shauqi turut serta. “bush” (bunyi sepakan bola dari Ashraff), satu sepakan lencong dan sangat baik dari Hamid melambung menuju ke tiang gol, Moaz dengan ketinggian 169 melompat setinggi-tinggi mengatasi semua pemain di situ dan dia terus melompat tinggi dan menanduk bola itu dengan sekuat hatinya sehingga bola itu masuk dengan begitu laju. “GOALLLLLLL!” Kicap Tamin bersorak!
Pengadit meniup wisel, “pritt…pritt…pritttt”. Perlawanan tamat. Keputusan berakhir seri 1-1. Semua pemain bersalaman dan berpelukan antara satu dengan lain. Mereka memuji di antara satu sama lain. Perlawanan persahabatan yang terbaik pernah mereka beraksi.
Usai sahaja mereka semua berkemas-kemas. Waktu maghrib pun tidak lama lagi sekitar dalam 30 minit lagi azan akan berkumandang.
Mereka pun pulang dan mencari masjid. Mereka telah berhenti di salah sebuah masjid untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.
“Allahu Akhbar Allhu Akhbar”…Azan Maghrib sudah berkumandang.
Tanpa melengahkan masa, semua bergegas mandi untuk persiapkan diri demi bertemu Raja Segala Raja.
Usai sahaja mereka semua bersiap, Jemaah Masjid tadi pun sudah selesai menunaikan solat.
Mereka pun mula untuk membuat jemaah baru untuk menunaikan solat selepas bersiap. Tiba-tiba, Moaz melihat guru matematik iaitu Cikgu Aziz mahu bersolat bersendirian.
Moaz bertanya: " Eh, Cikgu Aziz, kenapa tidak solat jamak qasar dan berjemaah bersama kami".
(Dengan nadanya yang sombong) Cikgu Aziz menjawab:" Ah, solat sempurna lagi bagus!”
Moaz itu berasa geram dan berbisik dalam hati. "Eh, Cikgu Aziz ini tak tahu agama mungkin, sesat la ni, Allah da bagi rukhsah kenapa la tidak ikut!”
Mereka semua terus mengerjakan solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Qasar. Setelah itu, mereka semua pulang ke Sekolah…
Hari kian berlalu pergi, angin membawa diri. Begitulah manusia, apabila usia meningkat, perasaan mula mahu berdikari dan mencari nasib sendiri.
Moaz sudah berjaya, setelah dia lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2009, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya demi mencari ilmu kerana Allah azza wajalla. Walaupun keinginan dia untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara tidak kesampaian, dia tetap redha dan akur dengan keputusan Ibu Bapanya untuk dia terus menuntut ilmu dalam Negara sahaja.
Hampir 1 dekad mengembara. Cabaran dan dugaan sebagai seorang penuntut ilmu ditempuhi dengan sabar. Ada waktu imannya dia kuat, ada ketikanya imannya menurun. Itulah lumrah kehidupan dan sebagai seorang hamba, memohon keampunan kepada Allah azza wajalla, itulah rutit pada ¾ malamnya.
Moaz seorang yang bercita-cita tinggi, dek kerana pengalamannya yang lalu dan akhlah yang tidak baik, sedikit demi sedikit, cita-citanya kian menurun. Dia masih tidak mengerti apakan aturan perjalanan hidup ini sebenarnya. Di manakah permulaan dan bilakah penamat. Di saat jiwanya kecelaruan, hatinya tidak menentu pasti dia akan termenung di sebuah tasik. Jauh merenung merentasi langit sehingga dia selalu mengingati kata-kata Maryam: “Alangkah baik kalaulah aku mati sebelum ini…”
Moaz seorang yang suka membaca, Tafsir seperti Ibn Kathir, Tafsir Al-Qurtubi, Tafsir Misbahu al-Munir, Tafsir al-Azhar, Tafsir Sofwatu Tafasir, Hadis Shahih Bukhair, Riyadussolihin, 40 Hadis dan sebagainya itu juga hampir sudah dikhatamnya. Buku-buku aqidah, tauhid, fekah, usul fiqh, bahasa arab, sastera, sejarah, ekonomi, politik, sosial juga menarik minat dia. Bahkan buku tasawuf juga sering menjadi pendamping dia pada saat-saat jiwa sedang kacau seperti Al-Hikam dan Ihya’ Ulum ad-Din.
Buku-buku ini banyak mengubah pola kehidupannya daripada seorang yang suka berdebat kepada seorang yang pendiam. Buku-buku itu juga telah mempengaruhi corak pemikiran seperti daripada fanatik kepada lebih terbuka. Benarlah kata para ulama’, apabila semakin banyak ilmu yang dipelajari, hati akan akan menjadi lebih sayu dan lembut kerana ilmu yang dituntut itu mendatangkan keberhasilan dalam jiwa penuntut ilmu. Itulah tanda hatinya telah hampir dengan Sang Pencipta.
Pada suatu malam,
Moaz mula membaca buku seperti Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam, karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Subulus Salam oleh Imam Ash-Shan'ani.
Ibnu Hajar al-Asqalani lahir pada lahir pada tahun 773H dan meninggal pada tahun 852 H. Seorang ulama’ yang sangat besar bermazha syafiee dan pakar dalam bidang hadis dan fiqh. Antara karya yang terulung ialah Fath Al-Bari iaitu Huraian kepada Shahih Bukhari.
Al-Imam Ash-Shan’ani wafat pada tahun 1182 H. Beliau seorang ilmuan yang sangat besar. Pakar dalam bidang hadis dan buku Subulus Salam itu adalah huraian kepada Bulugh al-Maram.
2 Buku ini ialah karya yang hebat. Ramai ulama’ mengakui kehebatan penyusunan buku ini disusun. Para ulama’ juga membahaskan buku ini dan mengajarkannya kepada umat. 2 buku ini mengumpul dan menghuraikan hadis dari sudut hukum serta perlaksanaan.
Pada Bab Jamak Qasar.
Moaz membaca berulang kali. Seperti di dalam fikirannya ada sesuatu yang dia teringat. Matanya tidak berkelip. Tangannya kaku. Jantungnya berdegup dengan kencang.
Dia bingung terus apabila teringat peristiwa yang lalu iaitu pada 10 tahun yang lalu. Dia malu dan beristighfar kepada Allah azza wajalla agar diampunkan dosa yang lalu yang tidak dia sengaja lakukan kerana  dia telah berkata sesat kepada orang yang berilmu iaitu Cikgu Aziz.
Air matanya berlinangan. Moaz malu dengan diri sendiri. Dia terus beristighfar kepada Allah azza wajalla.
(Jauh di lubuk hatinya) Apakah benar cikgu Aziz itu mengerti hukum-hakam tentang fiqh dan ibadat. Apakah mungkin Cikgu Aziz belajar ilmu Mazhab Syafie dan Jumhur. Sekali lagi, Moaz menangis menyedari bahawa dia terlalu terburu-buru bersangka buruk kepada orang.
 Benarlah kata Cikgu Aziz iaitu menyempurnakan solat tanpa qasar dan jamak adalah lebih utama. Namun, bagi yang mengambil rukhsah tidaklah salah baginya. Kedua pendapat ini diterima oleh para ulama’.
Sungguh hiba hati Moaz. Dia berkata kepada diri sendiri: “Aku akan berdiam jika aku tidak tahu…”
Semoga Allah azza merahmati hamba-Nya yang ingin mencari keredhaan dan keberkatan hidup dunia dan akhirat.Semoga Allah azza wajalla mengampuni dosa yang dia tidak tahu.

Pengajaran yang boleh diambil.
1. Jangan mudah menghukum sesuatu jika tidak ada ilmu padanya.
2. Jika mendapati sesuau kemusykilan, terus mencarinya dan jangan berhenti.
3. Kefahaman akan datang kemudian mengikut tahap kematangan cara kita berfikir dan peningkatan umur serta ilmu yang dituntut.
4. Jangan pandang rendah kepada sesiapa pun.
5. Terus belajar dan menuntut ilmu, setidaknya untuk diri sendiri dahulu dan mengajarnya kepada kaum kerabat.
6. Impian dan harapan harus mesti berusaha untuk mengecapinya. Masanya tidak ketahui namun jangan pernah berhenti dan jangan sesekali berputus-asa.
7. Al-Imam Al-Syafie berkata: "Siapa yang mempelajari Al-Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Siapa yang mempelajari bahasa, lembut hatinya. Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya. Dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya"



Bagaimana memahami konteks hadis
dalam melantik pemimpin mengikut adat dan zaman.
Sabda Nabi Muhammad SAW daripada hadith riwayat al-Hakim dan lain-lain. Bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
الأمة من قريش
Maksudnya: "Para Pemerintah adalah daripada kalangan kaum Quraisy".
Ada beberapa perkara yang menarik buat hemat penulis ketika melihat dan merenungi hadis ini, seolah-olah ada sesuatu yang memanggil penulis untuk membahaskan hadis ini dalam konteks Negara Malaysia kerana faktor utamanya ialah Negara ini mempunyai bilangan kaum yang pelbagai seperti Melayu, Cina, India, Iban, Jawa, Kadazan dan sebagainya.
Maka dengan itu, dalam memahami hadis ini, perlu diserasikan dengan budaya dan adat di sini tanpa mengetepikan hukum yang asal namun kita cuba melihat dari sudut pandang yang jauh lebih mendalam agar dapat meyakinkan bahawa hadis Nabi Muhammad SAW praktikal dan sesuai di setiap zaman dan tempat.
Saya memetik kata-kata Ibn Khaldun  dalam bukunya Muqadimah ketika mana membahasakan hadis ini, beliau  mengatakan bahawa hadis ini membawa erti ketika zaman itu iaitu zaman Nabi Muhammad SAW, kekuatan dan pengaruh kabilah Quraisy sangat kuat dan besar. Jadi, disebabkan itu, Nabi Muhammad SAW menganjurkan para pemimpin dilantik daripada kalangan mereka.
Dan urusan pemerintahan itu, ramainya dipikul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW yang berbangsa quraisy seperti Saidina Abu Bakar dan Umar. Kedua-dua mereka memikul amanah yang besar iaitu menjadi Khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Namun jika kita melihat beberapa riwayat yang mana ketika Umar hampir-hampir sampai masanya, beliau ingin melantik Muaz bin Jabal menjadi khalifah sedangkan Muaz itu berasal daripada Ansar.
Dalam sejarah Islam, pemerintahan berubah dari satu zaman ke satu zaman dan dari satu kaum kepada satu kaum. Seperti Khilafah Umawi, selepasnya Khilafah Abbbasi, seterusnya Khilafah Turki. Dan jika kita membaca lebih mendalam, kita juga menjumpai seperti pemerintahan Saljuk, Monggol, Fatimiyyah dan sebagainya. Maka, jelas di sini, bahawa pemerintahan itu bukan daripada kalangan kaum quraisy. Persoalan di sini, adakah berdosa kerana tidak mengikut sunah Rasulullah SAW? Menurut hemat penulis yang serba kekurangan ilmu ini, ia tidak berdosa kerana hadis itu tidaklah mengatakan satu kewajipan. Para sahabat khususnya juga telah memahami hadis itu dengan fahaman yang sangat bertepatan dengan al-Quran seperti mana firman Allah azza wajalla dalam surah al-Qasas ayat ke-26:

ـ
Biodata Abu Umamah Al-Bahili. Sudai bin ‘Ajlan.
.
صُدَيُّ بن عَجْلان بن وهب الباهلي، أبو أُمامة، من قيس عَيْلان، جعله بعضهم من بني سهم بن عمرو، وخالفه غيرهم، ولم يختلفوا في أنه من باهلة، وذُكر في اسم والده غير ذلك، لكن الراجح ما أُثبت بكنيته، وكان من أشراف قومه.
رابط الموضوع: 

Sudai bin a’jlan bin Wahab al-Bahili, Abu Umamah. Daripada keturunan Qais ‘ailan. Ada juga yang mengatakan beliau dari bani Saham bin ‘Amru. Adapun ramai para sejarawan tidak berbeza pendapat bahawa beliau Bahilah. Ada yang mengatakan bahawa Abu Umamah itu sempenan nama ayahnya tetapi yang lebih tepat sempena nama kaumnya.

ولادته سنة (21 ق.هـ) على الصحيح، فقد تحدث لجماعة عن "حجة الوداع"، فسُئل عن عمره يوم ذاك، فذكر أنه كان ابن ثلاثين سنة، وقد رواه البخاري في "التاريخ الكبير"، وسنده حسن أو صحيح.
رابط الموضوع: 

Beliau lahir pada tahun 21 sebelum hijrah. Ini adalah pendapat yang lebih tepat kerana ketika peristwa Hujjatul Wida, dia ditanya tentang umurnya dan beliau menjawab umurnya 30 tahun. Ini juga dipersetujui oleh al-Bukhari dalam kitabnya “Tarikh al-Kabir” dari rangkaian yang hasan atau shahih.

صحِب النبي صلى الله عليه وسلم، وسمع منه، وروى عنه، وحدَّث عن عمر، وعثمان، وعلي، وأبي عبيدة بن الجراح، ومعاذ بن جبل، وغيرهم، رضي الله عنهم .رابط الموضوع: 


Beliau ialah sahabat Nabi Muhammad SAW. Beliau banyak mendengar hadis daripada Nabi Muhammad SAW dan meriwayatkan hadis daripada Umar, Uthman, ‘Ali, Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Mu’az bin Jabal dan para sahabat yang lain.

عاش عصر النبوة، وعصر الخلافة الراشدة، وجزءًا كبيرًا من عصر بني أمية، حتى خامس خلفائهم، ورُوِي أنه كان ممن بايع النبيَّ صلى الله عليه وسلم تحت الشجرة، وهي المسماة ببيعة الرضوان، وكانوا (1400) صحابي، شارك في غزوات عديدة رابط الموضوع: 


Beliau hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW dan juga pada zaman pemerintahan al-Khulafa’ ar-Rasyidin bahkan sempat pada pemerintahan Bani Umayyah sehingga khalifah yang ke-5. Beliau juga salah seorang sahabat daripada 1400 sahabat yang terlibat dalam perjanjian di bawah pokok yang dinamai Bai’ah ar-Ridhwan. Beliau juga banyak menyertai peperangan.


قد مات بقرية "دنوة" القريبة من حمص، وكان قد أصابه سلسل في البول، فاستأذن الواليَ ليكون هناك، وفي سنة وفاته اختلاف، أكثرها قيلاً هي (81) و(86) هـ، ولعل الأكثر على الأخير، حتى قال ابن البرقي: إنه بغير خلاف! وقد روى البخاريُّ في تاريخه - كما مر - أنه رُئيَ خارجًا من عند الوليد بن عبدالملك في ولايته سنة (86هـ)، ورواةُ سندِه معدَّلون جميعًا، وقد مات والده الخليفة عبدالملك بن مروان في منتصف شوال، فتسلم هو الخلافة من بعده في السنة نفسها، وتكون وفاة أبي أمامة في أواخر السنة المذكورة، ويكون قد عُمِّر (106) سنوات، وذُكر أنه آخرُ مَن مات بالشام من الصحابة، لكن الصحيح أن عبدالله بن بُسر مات بعده، في السنة نفسها أو بعدها. رابط
 الموضوع:

Beliau telah wafat di sebuah kampung namanya Dunwah yang berdekatan dengan Hims.  Beliau menghidap penyakit masalah lemah kawalan kencing (incontinence). Disebabkan itu, dia memohon untuk menetap di Dunwah. Adapun tahun kewafatan tidak ada tahun yang tepat kerana ada yang menyebut bahawa beliau meninggal pada tahun 81H dan 86H. kalau pada tahun 86H, ketika itu, khalifahnya ialah ‘Abdul Malik. Ada juga yang menyebut beliau wafat ketika ayah khlifah ‘Abdul Malik bin Malik pada pertengehan bulan syawa. Ini semua boleh dikatakan perbezaan pendapat sahaja dari segi tahun kematiannnya. Dikatakan umurnya ketika wafat menjangkaui 106 tahun. Ada juga dikatakan dia adalah sahabat yang terakhir yang meninggal di Syam tetapi tidak berapa tepat kerana ada seorang lagi sahabat iaitu Abdulullah bin Busr iaitu meninggal selepasnya namun pada tahun yang sama.

Hadis Pertama
 رُوي عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه رأى سكة وشيئا من آلة الحرث، فقال: سمعت النبي الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا يدخل هذا بيت قوم إلا أدخله الذل".

Diriwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili bahawa beliau telah melihat sesuatu iaiu alatan pertanian. Lalu dia berkata: saya telah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: jangan sesiapa memasuki rumah kaum ini kerana barang sesiapa yang memasukinya ia akan terhina. (shahih al-bukhari)

Hadis Kedua

إسماعيل بن عياش : حدثنا عبد الله بن محمد ، عن يحيى بن أبي كثير ، عن سعيد الأزدي ، قال : شهدت أبا أمامة وهو في النزع ، فقال لي : يا سعيد ! إذا أنا مت ، فافعلوا بي كما أمرنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال لنا : إذا مات أحدكم فنثرتم عليه التراب ، فليقم رجل منكم عند رأسه ، ثم ليقل : يا فلان ابن فلانة ؛ فإنه يسمع ، ولكنه لا يجيب . ثم ليقل : يا فلان بن فلانة ، فإنه يستوي جالسا ، ثم ليقل : يا فلان بن فلانة ، فإنه يقول : أرشدنا يرحمك الله . ثم ليقل : اذكر ما خرجت عليه من الدنيا ؛ شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا عبده ورسوله ، وأنك رضيت بالله ربا ، وبمحمد نبيا ، وبالإسلام دينا . فإنه إذا فعل ذلك ، قال منكر ونكير : اخرج بنا من عند هذا ، ما نصنع به وقد لقن حجته ؟ قيل : يا رسول الله ، فإن لم أعرف أمه . قال : انسبه إلى حواء . [ ص: 363 ]

Ismail bin ‘iyash: Abdullah bin Muhammad sampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Abu Kathir, daripada Sa’id al-Azdi, beliau berkata: saya telah melihat Abu Umamah ketika dia sedang nazak. Beliau berkata kepada saya, wahai sa’id, jika saya mati, semua lakukanlah seperti mana yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW. Beliau pun berkata lagi: jika mati salah seorang dari kalian, maka dikebumikanlan dalam tanah. Maka bangunlah salah seorang dan kemudian bertalkin. Wahai fulan bin fulan. Sesungguhnya si mayat mendegnar tetapi dia tidak boleh menjawab. Kemudian bertalkin lagi: wahai fulan bin fulan.ketika itu mayat sedang duduk. Kemudian bertalkin lagi: kami berdoa semoga Allah SWT merahmati awak. Kemudia berkata lelaki bertalkin lagi: sebutkanlah apa yang awak telah dapat perolehi di dunia,ketahuilah bahawa syahadah itu ialah tiada tuhan melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu utusan Allah SWT. Hendaklah awak mengakui bahawa Allah SWT itu sahaja tuhan awak, nabi Muhammad SAW itu nabi Allah SWT dan Islam adalah cara kehidupan awak. Jika awak melakukan semua ini. Malaikat Munkar dan Nankir berkata: keluarlah awak daripada sini, tidaklah kami akan melakukan apa-apa ke atasnya kerana dia telah menjawab dengan sempurna. Dikatakan ada yang bertanya: wahai rasulullah SAW, sesungguhnya saya tidak mengenali ibunya. Nabi Muhammad pun bersabda: nasabkanlah dia dengan Hawa(Isteri Nabi Adam alaihissalam)